3- ( AINURUL SHAFIQAH BINTI MOHAMAD KHAIRUL AZHAR ) D20211100448
STANDARD GURU MALAYSIA : LATAR BELAKANG PENGGUBALAN
5.3.1 : Pengertian Standard Guru Malaysia (SGM)
Standard Guru Malaysia (SGM) merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru , dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi Latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen SGM ini disediakan sebagai suatu panduan dan rujukan kepada guru , pendidik guru , agensi dan institusi Latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti . Dokumen SGM ini juga akan disemak semula bagi tujuan penambahbaikan berterusan .
5.3.2 Latar Belakang Pembentukan Standard Guru Malaysia
i : SEJARAH PENGGUBALAN
Standard Guru Malaysia telah dilancarkan secara rasminya
pada tahun 2009 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
(merupakan Menteri Pendidikan ketika itu ) yang menggariskan
kompentasi profesional yang mesti dimiliki oleh setiap guru
di Malaysia dan keperluan yang semestinya diadakan oleh
agensi dan institusi pendidikan mahupun latihan bagi
membantu guru-guru mencapai kompetensi yang telah ditetapkan .
- Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020.
- Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya , diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.
- Pembangunan modal insan berkuali bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan seseorang individu yang mempunyai jati diri yang :-
- Pendidikan perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif , berkemahiran menyelesaikan masalah , berkeupayaan mencipta peluang baru , mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah .
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai usaha yang meluas untuk melahirkan guru yang berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan .
- Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi , tinggi aspek utama ditekankan iaitu :
- Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan , pengetahuan dan kefahaman , serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan .
- Mengenalpasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
- KPM berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru.
- SGM menggariskan kriteriea dan standard am guru selaras dengan MALAYSIAN QUALIFICATIONS FRAMEWORK (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan am.
- Mengenal pasti tahap kompentasi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan , pengetahuan dan kefahaman , serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran .
- Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
- SGM akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.
Ulasan
Catat Ulasan